Terma & Syarat (Terms & Conditions)

1. Pengenalan
Dengan menggunakan laman web ini dan membuat pembelian, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan di bawah. Sila baca dengan teliti sebelum membuat sebarang transaksi.

2. Harga & Pembayaran
Semua harga yang dinyatakan adalah tetap dan sah pada waktu pembelian dibuat. Pembayaran perlu diselesaikan sepenuhnya sebelum pesanan diproses. Kami menerima kaedah pembayaran yang tersedia di laman web sahaja.

3. Produk & Warna
Warna produk mungkin berbeza sedikit disebabkan pencahayaan fotografi atau tetapan paparan skrin pengguna. Semua spesifikasi produk adalah berdasarkan maklumat sebenar yang diberikan oleh pihak pengeluar.

4. Pesanan & Stok
Pesanan diproses berdasarkan stok semasa. Jika sesuatu item kehabisan stok selepas pembayaran dibuat, pelanggan akan dihubungi untuk penukaran item atau pengembalian pembayaran.

5. Penghantaran
Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi pembeli dan kaedah kurier. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kelewatan yang disebabkan pihak kurier. Tracking number akan diberikan selepas pesanan dihantar.

6. Pemulangan & Pertukaran
Pertukaran hanya diterima untuk barang yang rosak atau tersalah hantar. Permohonan mesti dibuat dalam 3 hari selepas barang diterima. Produk mesti dalam keadaan asal, belum digunakan dan lengkap dengan tag.

7. Polisi Tiada Pembatalan
Pembatalan pesanan selepas pembayaran tidak dibenarkan, kecuali item kehabisan stok.

8. Data Peribadi
Segala maklumat peribadi pelanggan akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan pemprosesan pesanan. Kami tidak akan berkongsi data kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.

9. Perubahan Terma
Kami berhak mengubah atau mengemas kini terma & syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis. Penggunaan berterusan laman web ini bermaksud anda menerima perubahan tersebut.